Sunday 27 October 2013

KOPI lindungi risiko daripada penyakit jantung.

waauuu...is it?bestnye kalau betul kopi boleh elakkan daripada penyakit jantung..takuutt tuu..hehe..


 










Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai kopi kegemaran semua orang ini <3<3<3

  1. Kopi tersenarai di tpt pertama sebagai sumber antioksidan. Kajian terkini menunjukkan kopi menjadi penyumbang utama dalam pengambilan antioksidan harian. Kite sedia maklum antioksidan membantu melindungi sel dan organ dalaman drpd risiko penyakit jantung, kanser dan kesan penuaan pramatang.
  2. Decaf, iaitu kopi tanpa kafein, juga mengandungi jumlah antioksidan yang sama. Samada anda memilih kopi berfafein atau tidak, kandungan antioksidannya hampir sama.
  3. Kopi membantu memudahkan pembelajaran dan lebih fokus di tempat kerja. Kajian mendapati mereka yang meminum kopi lebih tenang dan lebih berminat pada kerja mereka. 
  4. Kafein dalam kopi membantu memulihkan dan mengekalkan kecerdasan, selain meningkatkan prestasi serta menstabilkan emosi. Apabila belajar, kopi membantu minda dalam meningkatkan perhatian
  5. Kopi juga meningkatkan prestasi fizikal kita. Menurut kajian, kafein memainkan peranan dalam menyediakan tenaga untuk prestasi fizikal yang lebih baik. Hal ini boleh membantu atlet melakukan yang lebih baik ketika latihan ketahanan jangka panjang dan pendek, serta kekuatan rutin yang tinggi. Ia juga boleh mengurangkan keletihan dan kesakitan otot selepas senaman.
  6. Kopi membantu melindungi kulit. Apabila kulit terdedah kepada faktor luaran seperti sinaran ultraungu (UV) dalam tempoh lama, ia boleh memberi efek negatif pada sel dalaman kulit.
  7. Namun dengan kandungan antioksidan dalam kopi, ia membantu menentang kesan kerosakan selaran suria, sekaligus mengurangkan masalah kedutan dan garis halus pada kulit.
waauu..no wonder la rase cam cantik je kulit ni cewaahhh perasan x sudah.. terbaeekk la kopi :)tapi benda baik pun kalau secara berlebihan mendatangkan kemudaratan jugak..so berpada2 la ek..hehe..

  

Saturday 26 October 2013

KOLOSTOMI...APE TU?

asslamualaikum semua pembaca blog saye :) semoga sihat2 selalu dan jgn lupe 'count your blessings, not your problems'..sentiasa bersyukur dgn nikmatNya yg tak terhingga,jgn terlalu asyik memikir masalah yg menimpa..

hari ni terpanggil nak share maklumat berkenaan dgn kolostomi...ape bende tu ek? mungkin ade yg xpernah dgr pasal kolostomi ni n xde idea langsung ape sebenarnye kolostomi..sbg seorang nurse,mmg dlm sebulan satu atau dua kes yg mmbabitkan kolostomi...mgkin x sebanyak kat hosp besar tp penting utk semua org tau..mgkin dlm ahli keluarga kite ade yg mengalaminye? kite x tau..

ok,jom kite tgk ape itu kolostomi :)
nampak x beg yg tergantung kat perut lelaki tu? haa itulah beg kolostomi..

Apakah itu kolostomi?
Kolostomi ialah sejenis pembedahan ke atas usus besar supaya najis boleh keluar melalui kulit bahagian abdomen.



Kenapa pesakit perlu kolostomi?
Apabila usus besar disumbat oleh kanser atau usus besar bocor disebabkan kecederaan atau penyakit usus.

Adakah kolostomi bahaya?
Pembedahan kolostomi tidak bahaya, ia dilakukan untuk rawatan kecemasan atau penyakit usus besar. Biasanya lebih bahaya kalau penyakit usus tidak dirawat dengan cepat atau tanpa kolostomi. 

Bagaimana kolostomi dibuat ketika pembedahan?
Ia boleh dilakukan ketika bius tempatan atau bius sepenuhnya di dewan pembedahan.



Siapa boleh melakukan kolostomi?
Pakar bedah am atau pakar bedah usus boleh menjalankan pembedahan kolostomi.

Di hospital manakah kolostomi dibuat?
Di hospital yang ada pakar bedah am atau pakar bedah usus.

Selepas kolostomi dilakukan, siapa yang akan menjaganya?
Biasanya pesakit dan keluarga akan diajar mengenai penjagaan kolostomi kerana ia akan dijaga oleh pesakit di rumah apabila keluar dari hospital.

Adakah mahal untuk penjagaan kolostomi?
Tidak mahal kerana beg kolostomi boleh dicuci dan dipakai semula.

Adakah saiz potongan tapak kolostomi penting?
Saiz tapak kolostomi penting kerana jika bukaan terlalu besar, najis air boleh kena kulit di sekeliling kolostomi dan menjadi merah.

Jika kulit di sekeliling kulit menjadi merah, apa yang harus dilakukan>
Krim ubat atau bedak ubat boleh disapukan di bahagian kulit yang menjadi merah.

Adakah bau busuk najis boleh diatasi?
Pilih kolostomi beg yang ada karbon boleh meresap bau najis.

Apakah makanan sesuai untuk pesakit kolostomi?
Makanan biasa sudah cukup untuk pesakit kolostomi. Kekurangan air akan menyebabkan najis menjadi keras. Air sebnayak 1.5 hingga 2 liter sehari biasanya cukup.

Bolehkah kolostomi dimasukkan semula?
Pembedahan untuk memasukkan kolostomi dan menyambung balik usus besar bergantung kepada punca penyakit pesakit. Bukan semua kes kolostomi pesakit boleh dimasukkan semula.

Bolehkah kolostomi dipakai seumur hidup?
Kolostomi tidak ada jangka hayat tertentu. Kalau perlu pakai seumur hidup pun tiada masalah.

Apakah masalah kolostomi yang biasa dihadapi pesakit?
Kulit atau keras najis dalam beg berwarna merah. Jarang berlaku, tetapi kalau otot di sekeliling kolostomi menjadi longgar dan menonjol keluar, keadaan ini memerlukan pembedahan.

Thanx to Pakar Bedah Dr Chan Kin Yoong, Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa for the info :)

nanti saye akan  post berkenaan penjagaan khusus dan cara2 nak jaga stoma n kolostomi bag ok:)

c u sooonnn:)


 

Monday 21 October 2013

Senarai sumber kolagen terbaik.

Tahukah anda???
  haa jgn main beli je kalau x tau dari mana datangnye sumber kolagen anda..lagi2 kalau dari sumber no 1, dah tentu haram bagi yg beragama Islam..pilih2 elok2,sayangi badan anda..pilih yg terbaekk dan halal semestinyaa..

Senarai kedudukan collagen yg tertinggi kandungannya:
1 -  Daripada khinzir (porcine origin)
2-   Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat (Pure Marine Collagen)
3 -  Daripada bovine (lembu) – 
4 -  Daripada Yak – produk dari China
5 -  Daripada tumbuhan laut – rumpai laut
5 -  Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
6 -  Daripada manusia – plasenta
Hati-hati!!!!
Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau tumbuhan, memang tidak diragui suci dan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat. 

choose wisely :)

Tips memilih kolagen

         1.      Pilih dalam bentuk makanan serbuk atau cecair berbanding kolagen yang
     disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
2.      Pastikan cara pengambilan yang terbaik ialah
  •           melalui ezim air liur
  •           bancuhan bersama air atau jus
  •           dalam bentuk kapsul
  •           dalam bentuk pil
                   
3.   Pastikan pengambilan kolagen sehari 10,000mg .
4. Kolagen perlu diambil bersama Vitamin C kerana vitamin C membantu pembentukan kolagen.
5.   Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, makan setiap kolagen yang diambil up to 100% diserap dan memberi effect lebih cepat.
6.  Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci   kelembapan yang berpanjangan.
7.      Pastikan kolagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
8.    Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin  untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
9.   Kolagen juga penting untuk tampil cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine untuk kekalkan kesihatan sendi (bonus point). 
10.  Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
           11.   Pastikan ia selamat, tidak bertoxin dan halal.

dah tahukan? penting utk kita tgk kembali sumber suplemen yg kite ambil supaya tak memudaratkan badan kita. pilih dgn bijak :)

Saturday 12 October 2013

DTX Complex

Product's name : DTXTM Complex

120 tablet / 30 sajian

Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
  • ekstrak biji benih pokok susu tisel ditunjukkan dalam penyelidikan menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati.
  • cendawan reishi dan schizandra mempunyai ciri-ciri antioksida.
  • dandelion, kunyit dan artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu.
DTX Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

Friday 11 October 2013

Chewable Vita-C Plus TM 100mg

Product,s name : Chewable Vita-C Plus TM 100mg

90 tablet / 90 sajian



Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Tuesday 8 October 2013

tua dari usia sebenar....


Mengapa Nampak Lebih Tua………???
baca tajuk je dah takut ek..mengapa kite nampak lebih tua dari usia sebenar..malu la kan..jadi apa faktor yang boleh menyebabkan kite tua lebih cepat?

Punca penuaan pramatang boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 jenis iaitu faktor dalaman (intrinsik) dan faktor luaran (ekstrinsik). Proses penuaan yang berlaku semulajadi ialah apa yang dinamakan sebagai penuaan intrinsik. Bila kita mencecah usia pertengahan 20-an, penuaan kulit mula terjadi. Penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1.5% setiap tahun, pembaharuan kulit juga tidak berlaku seperti di waktu remaja. Kedutan halus, penipisan dan kulit kering mula menampakkan diri. Seterusnya kulit menjadi kurang anjal dan kendur. Manakala penuaan ekstrinsik pula disebabkan oleh pengaruh luar yang jika dapat diubahsuaikan, kita mampu mengekang perubahan yang berlaku.
Berikut disenaraikan 10 tip untuk mengekalkan keremajaan secara am.
  1. Elakkan terdedah kepada sinar mentari yang terik.
  2. Hindari aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan minuman keras.
  3. Elakkan dari selalu berkerut atau melakukan mimik muka tertentu yang mengerutkan kulit muka..
  4. Jangan tidur dengan muka di atas bantal yang boleh meninggalkan garisan kedutan akibat tekanan kulit muka ke atas bantal tersebut.
  5. Amalkan senaman secara rutin agar dapat mengekalkan keanjalan otot, menghindari kekenduran dan menggalakkan aliran darah yang lancar.
  6. Elakkan suhu yang ekstrem. Jangan biasakan mandi dengan air panas.
  7. Tidur secukupnya sekitar 7 – 8 jam sehari.
  8. Elak atau kawal tahap stres anda.
  9. Kurangkan pengambilan gula atau kanji secara berlebihan.
  10. Amalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan.

Vitamon sintetik vs vitamin semulajadi

Tahukah anda di pasaran terdapat dua jenis vitamin. Vitamin itu adalah Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik.
Vitamin Semulajadi ialah vitamin yang diekstrak daripada bahan semulajadi manakala Vitamin Sintetik adalah vitamin buatan yang dibuat dengan menggunakan tindakbalas kimia. Contohnya formula empirik Vitamin C Sintetik adalah C6H806 dihasilkan daripada tindak balas kimia dari bahan yang mengandungi oksigen,hydrogen dan Carbon yang membentuk vitamin yg terhasil dari bahan kimia.
Ramai pengguna Malaysia yang kurang mengkaji dan tidak tahu perbezaan vitamin yg mereka ambil berasaskan bahan apa dan mereka cenderung untuk membeli Vitamin Sintetik kerana harganya  lebih  murah dari Vitamin Semulajadi. Bagi mereka kenapa perlu beli vitamin mahal sedangkan vitamin murah berlambak di pasaran.
Pengambilan  Vitamin Semulajadi  amat penting  kerana:

1)Sumber vitamin
Sumber yang digunakan adalah dari 100% bahan semulajadi. Contohnya Vitamin C diekstrak daripada limau dan bukan dari tindak balas kimia.
2) Kesan pada tubuh
Sumber Vitamin Sintetik akan memberi kesan sampingan kepada tubuh manakala Vitamin Semulajadi  akan menambah baik kesihatan kepada tubuh kita.
3) Masa untuk tindakbalas
Vitamin semulajadi akan diserap segera dan bertindakbalas dengan pantas kerana keserasian dgn tubuh badan berbeza dengan Vitamin Sintetik yg mengambil masa yg lama untuk diserap kerana bahan kimia yg digunakan tidak serasi dgn badan. Ada kemungkinan  juga Vitamin Sintetik yg dimakan langsung tidak diserap dan pengambilan menjadi sia-sia.
4) Kesan jangka panjang
Bagi pengambilan jangka panjang Vitamin Semulajadi memberi kesan amat positif kerana ia tidak langsung melibatkan bahan kimia berbeza dgn Vitamin Sintetik yg memberi kesan jangka panjang  yang tidak elok untuk tubuh badan kita terutamanya kerosakan buah pinggang dan penyakit kanser.
5) Harga mampu milik
Ramai yg menolak untuk membeli  Vitamin Semulajadi kerana harganya berbanding Vitamin Sintetik. Tapi tahukah anda kos untuk memproses bahan- bahan terbaik dan semulajadi adalah sangat tinggi. Jadi adalah berbaloi dgn harga yg ditawarkan malah murah jika difikir2kan. Bayangkan harga sebiji apple  yang baik pun lebih kurang RM2.00.
Kesihatan yang baik adalah antara pelaburan yang menguntungkan. Jadi marilah kita  berubah dan lebih mengkaji tentang bahan apa yg diambil untuk kita makan.Kesedaran ini perlu untuk kesihatan kita dan keluarga pada masa akan datang. Insyaallah…
Kriteria memilh Vitamin
·     * Vitamin tersebut  mestilah dari sumber semula jadi
*Vitamin tersebut hendaklah lengkap
*Tercatat tarikh luput
*Kelulusan dari kementerian kesihatan Malaysia

Saturday 5 October 2013

Collagen Powder

 Product's name : Collagen Powder

Serving size : 5g / 1 stick
Servings per package : 75g / 15 sticks

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton (berat molekul di ukur dalam unit Dalton), dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan memberikan pelbagai khasiat seperti berikut:
  • menyokong produksi kolagen umtuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
  • mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • kulit lebih putih dan licin.
  • menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
  • membantu menegang dan menganjalkan payudara.
PERBEZAAN SHAKLEE

Terbukti berkesan!!!!!!! 
 Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik, meningkat sebanyak 71%*.
 
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* A Study on the Usefulness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from Edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al.FRAGRANCE JOURNAL, 2007.

kolagen oh kolagen

kolagen oh kolagen...glamour skang ni pasal kolagen,lagi2 promosi gempur oktober kan, beli 6 percuma 1...fuh alamatnye cantik2 la perempuan di luar sana nak menyambut tahun baru 2014 kaannn...gorgeous beautiful cewahh.. 

ok, nak cantik, cantik jugak..nak borong kolagen nak cantik punye pasal kaann...tp tau x apa itu kolagen...dr mane dtgnye? ape fungsinye? penting sgt ke? kene tau jgk dik non ooiii, nt ntah ape2 yg korg amik diri sendiri jgk yg susah hehehehe...

JOM tambah ilmu di dada *wink wink*
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN 
  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
    • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
    • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
    • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
    • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.

  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 Dalton adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

yezzzaa!! sekarang sudah tau apa itu kolagen, betapa pentingnye bukan setakat cantik luar je tau, cantik dalam lagi haha..
Apa tunggu lagi?? Promosi beli 6 percuma 1 menanti andaa!!!

  ehhhh nantiiii..ada lagi hadiah menarik menanti anda dgn pembelian 6 kotak Collagen Powder Shaklee, anda layak :
  • PERCUMA 1 kotak Collagen Powder Shaklee
  • PERCUMA postage
  •  PERCUMA keahlian seumur hidup (jimat RM75)
  • PERCUMA 1 botol CoQHealth Plus bernilai RM124
  • ada CASH REWARD lagiiii....
wowwww banyakk untuunngggg!!! rugi x rembat!! promosi sah sehingga 31 oktober sahajaa..lepas tu??harga seperti biasa dan beli 6 rugi xdapat 1 percuma huhu..
EHHH NANTI NANTI DULUU..
x dapat nak beli 6, beli 3 pun boleehh...anda akan dapaaatt..
  • PERCUMA keahlian (jimat RM75)
  • CASH REWARD
CEPAT DAPATKAN SEKARANG!!