Saturday 26 October 2013

KOLOSTOMI...APE TU?

asslamualaikum semua pembaca blog saye :) semoga sihat2 selalu dan jgn lupe 'count your blessings, not your problems'..sentiasa bersyukur dgn nikmatNya yg tak terhingga,jgn terlalu asyik memikir masalah yg menimpa..

hari ni terpanggil nak share maklumat berkenaan dgn kolostomi...ape bende tu ek? mungkin ade yg xpernah dgr pasal kolostomi ni n xde idea langsung ape sebenarnye kolostomi..sbg seorang nurse,mmg dlm sebulan satu atau dua kes yg mmbabitkan kolostomi...mgkin x sebanyak kat hosp besar tp penting utk semua org tau..mgkin dlm ahli keluarga kite ade yg mengalaminye? kite x tau..

ok,jom kite tgk ape itu kolostomi :)
nampak x beg yg tergantung kat perut lelaki tu? haa itulah beg kolostomi..

Apakah itu kolostomi?
Kolostomi ialah sejenis pembedahan ke atas usus besar supaya najis boleh keluar melalui kulit bahagian abdomen.



Kenapa pesakit perlu kolostomi?
Apabila usus besar disumbat oleh kanser atau usus besar bocor disebabkan kecederaan atau penyakit usus.

Adakah kolostomi bahaya?
Pembedahan kolostomi tidak bahaya, ia dilakukan untuk rawatan kecemasan atau penyakit usus besar. Biasanya lebih bahaya kalau penyakit usus tidak dirawat dengan cepat atau tanpa kolostomi. 

Bagaimana kolostomi dibuat ketika pembedahan?
Ia boleh dilakukan ketika bius tempatan atau bius sepenuhnya di dewan pembedahan.



Siapa boleh melakukan kolostomi?
Pakar bedah am atau pakar bedah usus boleh menjalankan pembedahan kolostomi.

Di hospital manakah kolostomi dibuat?
Di hospital yang ada pakar bedah am atau pakar bedah usus.

Selepas kolostomi dilakukan, siapa yang akan menjaganya?
Biasanya pesakit dan keluarga akan diajar mengenai penjagaan kolostomi kerana ia akan dijaga oleh pesakit di rumah apabila keluar dari hospital.

Adakah mahal untuk penjagaan kolostomi?
Tidak mahal kerana beg kolostomi boleh dicuci dan dipakai semula.

Adakah saiz potongan tapak kolostomi penting?
Saiz tapak kolostomi penting kerana jika bukaan terlalu besar, najis air boleh kena kulit di sekeliling kolostomi dan menjadi merah.

Jika kulit di sekeliling kulit menjadi merah, apa yang harus dilakukan>
Krim ubat atau bedak ubat boleh disapukan di bahagian kulit yang menjadi merah.

Adakah bau busuk najis boleh diatasi?
Pilih kolostomi beg yang ada karbon boleh meresap bau najis.

Apakah makanan sesuai untuk pesakit kolostomi?
Makanan biasa sudah cukup untuk pesakit kolostomi. Kekurangan air akan menyebabkan najis menjadi keras. Air sebnayak 1.5 hingga 2 liter sehari biasanya cukup.

Bolehkah kolostomi dimasukkan semula?
Pembedahan untuk memasukkan kolostomi dan menyambung balik usus besar bergantung kepada punca penyakit pesakit. Bukan semua kes kolostomi pesakit boleh dimasukkan semula.

Bolehkah kolostomi dipakai seumur hidup?
Kolostomi tidak ada jangka hayat tertentu. Kalau perlu pakai seumur hidup pun tiada masalah.

Apakah masalah kolostomi yang biasa dihadapi pesakit?
Kulit atau keras najis dalam beg berwarna merah. Jarang berlaku, tetapi kalau otot di sekeliling kolostomi menjadi longgar dan menonjol keluar, keadaan ini memerlukan pembedahan.

Thanx to Pakar Bedah Dr Chan Kin Yoong, Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa for the info :)

nanti saye akan  post berkenaan penjagaan khusus dan cara2 nak jaga stoma n kolostomi bag ok:)

c u sooonnn:)


 

No comments:

Post a Comment