Thursday 21 November 2013

STROK..setakat manakah bahayanya?

assalamualaikum dearest readest semua...semoga sihat selalu ye..nak tanye skit ni, setakat mana uoll tau tentang strok?..mmg penah dgr kan tapi ape sebenarnye ek..serang ikut mana hehe..hari tu ade beli majalah iSihat keluaran November 2013, jadi nak share skitlah pasal strok ni..bukan nak minta tapi boleh dijadikan panduan kalau ade ahli keluarga yg mengalami strok..at least uoll tau ape nak buat dan bagaimana terjadi dan macam mane nak manage n minta bantuan..
HAPPY READING ^____^
STROK
>>strok merupakan punca ketiga kematian terbesar di Malaysia..haa takut x..jgn main2 dgn strok dan jgn anggap ianya perkara biase..
>>menurut data drpd World Stroke Organization, serangan strok meningkat di negara-negara berkembang.
>>di Malaysia, strok merupakan penyakit ke -10 yg sering diajukan kepada hospital.
>>kajian yang dilakukan di Sweden menyatakan, antara lelaki dan wanita, lelaki merupakan majoriti yang diserang strok. Tetapi, wanita mempunyai risiko yang tinggi menjadi lebih kritikal berbanding lelaki apabila diserang strok.

DUA jenis serangan strok iaitu :-
~STROK ISKEMIA - salur darah tersumbat (ischemic stroke)
~STROK BERDARAH - melibatkan salur darah pecah (hemorrhagic stroke)


STROK ISKEMIA
>berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak
>biasanya akibat daripada pengumpulan kolestrol di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.
>mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (ombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak lalu menghalang bekalan darah.
>manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan , contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

STROK BERDARAH
>terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyababkan pendarahan.
>penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberikan tekanan pada dinding arteri, boleh meningkatkan risiko salur darah pecah dan berdarah

BERTINDAK SEGERA, JANGAN TUNGGU DAN LIHAT
>>menurut Dr. Ainul Syahrilfazli Jaafar, Pakar Bedah Neurosurgeri dan Pensyarah Kanan PPUKM, kebanyakan pesakit yang dihantar sebelum 4 jam setelah diserang strok, peluang utk kembali pulih sangat cerah. Namun sekiranya pesakit hanya dihantar melebihi 24 jam, peluang untuk mereka kembali pulih sepenuhnya bergantung kepada sejauh mana strok menyerang mereka. Masalah akan timbul pesakit mengalami infak - otak mati disebabkan kekurangan oksigen yg sampai ke otak dalam tempoh tersebut.

Penting untuk orang ramai mengawal faktor utama yg boleh menyumbang kepada strok iaitu DIABETES, DARAH TINGGI, PARAS KOLESTEROL DAN TABIAT MEROKOK.

<FAST>
teknik FAST utk membantu orang yg mengalami strok:-

*F = FACE - Raut wajah akan berubah menjadi semakin senget. menandakan otak telah mula diserang
*A = ARMS - anggota badan seperti tangan dan kaki mula terasa kebas dan sukar melakukan pergerakan seperti biasa.
*S = SPEECH - mula mengalami masalah pertuturan seperti pelat, butir bicara tidak terang dan susah utk bertutur.
*T = TIME TO CALL 999 - segera mendail nombor kecemasan utk mendapatkan bantuan
8 KUNCI ELAK STROK

>> jadilah lebih aktif secara fizikal
- tingkatkan senaman anda. Senaman membantu menurunkan tekanan darah, mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan utk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 MINIT sekurang-kurangnya 5 HARI SEMINGGU.
( tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok)

>>amalkan diet yang sihat
- rase-rasenye kite ambil diet sihat tak? selalu makan fastfood atau makanan yang dah siap diproses? fikir balik ye makanan yg kite ambil.. seeloknya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran sbg sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral. Pemakanan yg sihat yang dibuktikan oleh oenyelidikan dapat mengurangkan strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Terlalu banyak lemak tepu pula boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran dinding arteri). Gula? mmm kite sedia maklum pengambilan gula yg berlebihan membawa kepada pelbagai penyakit.

>>kekalkan berat badan ideal.
-berat badan yg berlebihan membawa risiko strok. Lemak yg berkumpul dalam badan akan menjadi penghalang utk darah bergerak lancar. Jika obesiti, bukan sahaja strok, malah banyaakk lagi penyakit lain akan datang.
- tak tahu berat badan ideal anda? senang sahaja, ikut formula ini -------> berat (kg) / tinggi (m)xtinggi(m) [darabkan tinggi dgn tinggi dahulu, kemudian baru berat anda bahagikan jwpn tinggi tadi]

>>JANGAN MEROKOK
-merokok meninggikan risiko strok kerana menyebabkan arterosklerosis dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal. Lagipun, rokok itu haramkan? Ubahlah cara hidup anda dan jangan merokok utk kesihatan diri anda dan orang sekeliling.

>>minum alkohol dgn bijak
-untuk orang Islam dah sah-sah haram tau.. ini untuk mereka yg minum alkohol, elak minum dgn banyak sekali gus kerana boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum sehari atau dua hari dalam seminggu.

>>pemeriksaan kesihatan
-dalam sebulan berapa kali anda buat pemeriksaan kesihatan? atau sekali seumur hidup? Penyakit hadir tidak mengira waktu dan usia. Sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah. Tapi kalau ada tekanan darah tinggi haruslah buat pemeriksaan dengan lebih kerap. Minta nasihat dari doktor sebelum mengambil pil perancang atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT). Pengambilan pil-pil juga menyumbang kepada strok.

>>tidur 7 jam sehari
-yang ini mungkin bagi sesetengah orang tidak boleh nak penuhi (termasuk saya huhu). Tetapi haruslah diketahui bahawa kekurangan rehat memberi impak kepada emosi dan mood. Terdapat bukti saintifik yang mengatakan apabila seseorang itu tidak mendapat rehat secukupnya iaitu kurang tidur pada waktu malam, personaliti mudah berubah. Golongan ini akan mudah menjadi murung, pemarah, kurang sabar, dan sangat sensitif. Tidur yg cukup mampu mengelakkan plak terbentuk dalam arteri, seterusnya membantu menghalang berlakunya serangan jantung dan strok.

>>rawat MIGRAIN
-jika menghidap migrain, sebaiknya dapatkan rawatan doktor secepat mungkin. Tekanan migrain berisiko untuk mendapat serangan strok. Tak salah berjaga-jaga sebelum terkena
.
 SIAPA YANG BERISIKO?? APAKAH KESAN2 STROK??

Monday 18 November 2013

Vitamin B17 boleh lawan kanser?

haii semua..ingat lagi x entry berkenaan diet sihat utk mengelakkan drpd kanser?..dah bace ke belum?..kalau belum boleh bace di sini..

saya ade terjumpa artikel di Harian Metro yg sama berkenaan kebaikan vitamin B17 dalam melawan kanser..yup, maksudnya seseorang yg menghidapi kanser boleh mengamalkan pengambilan vitamin B17 utk melawan kanser..saye pun ade buat searching beberapa website utk mengetahui lebih lanjut ttg vitamin B17, drpd mane sumber2 nya dan bagaimana ianya bertindak terhadap sel2 kanser..its a very good information actually, boleh dijadikan pendidkan kesihatan kpd pesakit kanser :)

jom baca :)

SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17 KEPADA BADAN KITA

Ramai di kalangan kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yg enak dan paling utama merupakan sumber vitamin dan serat yg utama. Vitamin amat diperlukan untuk membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti oksida serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser Jerman, Vitamin B17, juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser.

Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan benzyldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan menyerang dan membunuh sel2 kanser tersebut. Lebihan Vitamin B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang dihasilkan oleh sel2 normal badan kita. 

 


 
Vitamin B17 sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakan buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun, kebanyakan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini menyebabkan berlaku pengurangan kadar vitamin B17 dalam diet seharian kita. Pakar Kesihatan Awam dan juga Presiden Kelab Prosar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui aprikot kaya dengan B17 yang mampu merencatkan sel abnormal dan mengekalkan sel2 yang sihat.



 boleh rujuk sini untuk mengetahui kandungan vitamin B17 dalam buah-buahan :)

Cegah kanser melalui diet pemakanan yang sihat.

haii...smoga ceria n sihat 2 selalu..bile sebut pasal kanser,ape yg uoll rase? takut kan..lagi2 org macam saye ni yg keje kat bhgian kesihatan,sentiasa tgk penyakit2 yg ade kt wad tu n seriously,kanser adalah salah satu drpdnye...kanser usus,kanser perut, kanser esofagus, kanser payudara, kanser rahim dan mcm2 lagi laa..bykkan...kdg2 kite terpikir bagaimana kanser ni boleh berlaku dan mcmane nak elakkan drpd berlaku..

kanser serviks atau kanser rahim..kanser kedua penyebab kamatian wanita


ok..salah satu cara utk elakkan kanser drpd terus merebak adalah dgn melalui pemakanan kita...yezzzaaa sy tau zaman sekarang ni ramai suka fast food n mknan ringan...sy ade terbaca kt paper x ingat tarikh bile, seorang wanita ni dpt barah payudara sbb die suke sgt makan junkfood, atau org kate 'cekedis'..bahayakan..bukan x boleh makan langsung tp berpada la...bende baik pun kalau makan byk sgt pun memudaratkan kesihatan..

saya nak kongsi maklumat berkenaan amalan diet boleh mencegah daripada kanser..sy amik artikel ni melalui harian Metro bertarikh 29 Sept 2013..semoga memberi manfaat kepada semua :) <3<3<3

Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat spt mi, nasi dan roti, buah2an dan sayur2an, protein spt daging dan ikan, produk tenusu serta lemak. Pola pemakanan seseorang individu boleh memberi impak yg besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30%-40% risiko utk mendapat pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat. 

KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN.


  1. KARBOHIDRAT - sering dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukuran berapa pantas 50g karbohidrat akan meningkatkan paras glukosa dalam darah. Melalui kajian yg telah dijalankan oleh Bingham pd tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, semakin banyak insulin yg akan dirembeskan utk membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Akibatnya? Paras glukosa dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan hantar isyarat bhw badan kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita utk makan lebih banyak. 
    • makanan yg mempunyai G.I yg tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak (90), teh tarik (79), nasi putih(72) dan roti canai (71). Makanan dgn G.I yg tinggi ini jika diambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme glukosa dlm badan dan akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian oleh penyelidik-penyelidik luar spt Colangelo, Coughlin dan rakan2 pada tahun 1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yg sgt tinggi  utk mendapat kanser usus, kolorektal,dan pankreas. Oleh itu makanan yg mempunyai nilai G.I yg tinggi perlu dihindari khususnya bg pesakit diabetes bg mengurangkan risiko utk mendapat kanser.
    2.  LEMAK - diet yg tinggi lemak boleh menyebabkan obesiti yg merupakan faktor 
        penyumbang kepada beberapa jenis kanser spt kanser usus, perut, pankreas dan 
        kolorektal. Melalui penyelidikan yg dijalankan oleh Eugenia E. Calledan rakannya pd 
        tahun 1998, kadar kematian yg tinggi telah dicatatkan bg pesakit kanser yg 
        mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yg mempunyai berat badan yg 
        normal. Pengambilan lemak yg berlebihan turut meningkatkan risiko utk mendapat 
        kanser payudara, kanser serviks, ovari dan prostat kerana lemak yg berlebihan akan 
        mengganggu keseimbangan hormon pembiakan dlm badan. Oleh itu, pengambilan 
        lemak tepu yg biasanya terdapat di dalam aging dan bahan tenusu perlu dikurangkan 
        dan boleh digantikan dgn lemak tak tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan 
        bijian.

    3. PROTIN - pada tahun 2013, terdapat 26 kajian telah dilaporkan di dalam laman web 
        MEDLINE yang membincangkan mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus 
        serta kolorektal. Daripada 26 laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa 
        terdapat perkaitan positif di antara diet daging merah dengan kanser usus dan 
        kolorektal. Menurut kajian Brocton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser 
        usus adalah 35% lebih tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej, 
        nuget dan daging burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu, 
        pengambilan daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh 
        digantikan dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang 
        kuda yang lebih selamat. 

     4.BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN - menurut kajian Gladys Block dan rakannya, 
        pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran untuk meningkatkan 
        pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya akan mengurangkan 
        risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran dan 
        buah-buahan akan menghadapi 2 x GANDA risiko untuk diserang kanser termasuklah 
        kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan Kanser 
        Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan menurunkan 
        sebanyak 20-33% kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan perokok. 
        Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia 
        yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavonoids, 
        Beta-carotene, vitamin dan lain-lain. 

ok...itu serba-sedikit berkenaan diet yang sihat untuk mengelakkan kanser daripada berlaku..kite selalu dgrkan, mencegah adalah lebih baik daripada merawat..so beringat2 la dlm pemakanan dan cara hidup kite..as a nurse, pengalaman yg sy lihat kebanyakan pada stage terakhir kanser adalah sangat menyedihkan, xdapat diselamatkan lagi..sayangilah nyawa anda :)

EH, NANTI DULU...

nak tahu vitamin ape yang boleh melawan sel2 kanser?? nantikan entry seterusnyaa..

Vivix

Product's name : Vivix

5.1 FL.OZ. (150ml)

saiz sajian: 1 sudu teh (5ml) / Jumlah sajian sebotol : 30

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Tuesday 12 November 2013

Zinc Complex

Product's name : Zinc Complex

120 tablet / 120 sajian

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Zink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, menambahkan suplemen zink ke dalam diet pelajar dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh tumpuan pelajar. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Monday 11 November 2013

Vita-Lea Iron Formula

Product's name : Vita-Lea Iron Formula

120 tablet / 60 sajian

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
 
 Perbezaan Shaklee
  • disokong oleh 7 kajian klinikal.
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. 

Sunday 10 November 2013

Sustained Release Vita-C Plus

Product's name : Sustained Release Vita-C Plus

180 tablet / 180 sajian

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan selama 5 jam. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebgai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Saturday 9 November 2013

Performance drink

Product's name : Performance

539 gram / 19 sajian

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Pepermint - Ginger Plus

Product's name : Peppermint - Ginger Plus

90 tablet / 30 sajian

Nyaman dan Melegakan


Melegakan senak perut

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.



OsteMatrix

Product's name : OsteMatrix

120 kaplet / 30 sajian

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • membina tulang dan gigi yang kuat.
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
OsteMatrix membekalkan :
  •  1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% pengambilan harian) magnesiumuntuk membantu menggabungkan kalsium dengan tulang dan menguatkannya.
  • 400IU (100% pengambilan harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Friday 8 November 2013

OmegaGuard

Product's name : OmegaGuard

90 kapsul / 30 sajian
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
>> Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asis lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigeliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik di Dunia
>> OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990 mg asid lemak omega-3.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
>> OmegaGuard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Nutriferon

Product's name : NutriFeron

30 batang / 30 sajian

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun. 
  • formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita.
  • mengandungi MACH, satu campuran interferon yang merangsang ekstrak tumbuhan (500 mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.
  • terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap menusia.
  • boleh didapati secara eksklusf melalui Shaklee.

Meal shakes

Product's name : Meal shakes

544 gram / 16 sajian

 Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactaalbumin adalah bahan yang terbiak dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat kanak-kanak hingga ke orang dewasa. menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

Meal shakes Shaklee :
  • memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  • sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  • kaya dengan sumber kalsium.
  • glisemik indeks yang rendah.

Lecithin

Product's name : Lecithin

180 kapsul / 30 sajian

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Kolina amat penting dalam diet harian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya bukan GMO. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Herb-Lax

Product's name : Herb-Lax

120 tablet / 30 sajian

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.
  • julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala.
  • menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semula jadi tubuh badan.
  • daun senna telah digunakan secara tradisional sejak bertahun lamanya sebagai bahan pelawas semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



GLA Complex

Product's name : GLA Complex

60 kapsul / 60 sajian

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. 
  • menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid.
  • menyokong sistem imun.
  • Minyak Borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414


Wednesday 6 November 2013

Garlic

Product's name : Garlic

60 tablet / 30 sajian

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Kajian menunjukkan  yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian drpd diet harian yg sihat. 
  • memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
  • formulasi Shaklee yg unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian membentuk allisin.
  • menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Product's name : ESP - Soy Protein Isolate Powder

850 gm / 30 sajian

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dan 500mg kalsium utk setiap hidangan dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenga sehingga berjam-jam lamanya.


Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu dan sangat mudah diserap oleh badan.

Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol, membantu menyokong sistem imun, dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  •  Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

CoQHealth Plus

Product's name : CoQHealth Plus

30 kapsul / 30 sajian

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah






PERBEZAAN SHAKLEE
  • utk mendapatkan jumlah yg setara dgn 28mg CoQ10 di dlm CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli (wauu...sanggup ke..)
  • kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai utk mengukuhkan keupayaan antioksidan yg terdapat di dlm vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, utk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yg telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal drpd sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi drpd yis yg ditapai yg terdapat pd masa kini, yg sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yg tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • tanpa gluten.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.