Friday 27 September 2013

Ketidaksuburan lelaki dan tips

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30% faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30% daripada lelaki.

sebanyak 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25% disebabkan punca yang tidak diketahui dan 5% diseb...abkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.

Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

>kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter.
>kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur.
>pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenamg menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai MORTALITI. Anda mungkin paling subur jika 40% daripada sperma anda sedang bergerak.


CARA YANG BAGUS UNTUK MENGHASILKAN SPERMA YANG SIHAT.

*Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing bernanah).
*Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ianya tinggi antioksidan.
*Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.
*Uruskan tekanan dan dapatkan tidur yang mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma.
*Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikaldalam rutin setiap hari.
*Pakai seluar dalam longgar.
 
MAKANAN BERKHASIAT DIPERLUKAN DALAM DIET ANDA

>Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.

Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji, labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh ROSAK JIKA DIMASAK dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink elok dimakan mentah misalnya daripada tumbuhan.

>Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.

Sumber makanan - hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang, dan ayam Belanda.

>CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. I a mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.

Sumber makanan - ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

> Vitamin E - meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki.

Sumber makanan - biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik, dan sayuran berwarna hijau gelap.

>Lelaki yang mempunyai tahap ASID FOLIK YANG RENDAH meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.

Sumber makanan - hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

>B12  - dapat meningkatkan jumlah sperma.

Sumber makanan - jenis tiram, kerang, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, biri-biri, daging dan keju.

>Vitamin C - dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleid Acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih mudah bergerak.

Sumber makanan - banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato, dan buahan sitrus.

>L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.

Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik.

Untuk memelihara kesuburan :-
*elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga.
*sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan anda seperti berdiri seketika.
*JANGAN letakkan komputer riba di paha anda.
*elakkan mandi sauna, dalam tab panas, dan mandian wap.
*hindari mrokok.

Ubat tertentu yang boleh menyumbang ketidaksuburan :-
*anti kemurungan
*anti androgen
*steroid anabolik
*ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.

Pendedahan pada toksik seperti racun seranggan dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma. Dadah misalnya marijuana, kokain, heroin dan tembakau boleh mengurangkan pergerkaan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk.

Sumber : Metro Ahad 22 September 2013


Tuesday 17 September 2013

CarotoMax

Product's name : CarotoMax

30 kapsul / 30 sajian



Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.







Purata pengambilan karotenoid lutein, likopena dan betakarotena adalah 8mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13mg daripada karotenoid yang palin berkhasiat:
  • mengandungi eksrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga Marigold dan brokoli bertunas. 
  • menguatkan sistem imun dan membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung.
 
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Sumber : Panduan Produk Shaklee 2013; CarotoMax

B Complex with Folic Acid

Product's name : B Complex with Folic Acid

120 tablet / 120 sajian



Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan dan penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Sumber : Panduan Produk Shaklee 2013; B Complex with Folic acid

Monday 16 September 2013

Advanced Joint Health Tablet

Product name : Advanced Joint Health Tablet

60 tablet / 30 sajian



Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat yang akan dapat memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut:
  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
TAHUKAH ANDA?
Penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina. Shaklee Advanced Joint Health Tablet adalah 100% bebas daripada kondroitin.

Alfalfa Complex

Product name : Alfalfa Complex

330 tablet / 33 sajian
700 tablet / 70 sajian


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
  • sumber semulajadi alfalfa
  • setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
  • pil ini juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Tuesday 10 September 2013

mengepam semasa berkusus part 2

hai semua...sambungan entry sebelum ni deh haa..sebelum ni ade kabo pasal persediaan penyusuan sebelum berkursus,barang yg perlu di bawa dan sebagainya lah..so 3 hari kat sane (Klana Resort Seremban...beesstt) jadual mengepam mmg dah fix dgn waktu rehatla,senang skit kan kite nak manage time nak mengepam..

sedikit sebanyak timetable kursus di sana :-

8.30-10.30pagi  - kursus

10.30- 11pagi    - minum pagi (sesi pumping)

11 -  1tghari       -  kursus

1 - 2.30petang  -  makan dan rehat (sesi pumping)

2.30 - 4.30 petang - kursus

4.30 - 7malam - rehat (sesi pumping)

7 - 8.30malam - makan malam

8.30 - 10malam - kursus

10 malam         - minum malam dan rehat (sesi pumping)
   
1st pum ping session...smpai2 je trus pam sbb during journey x brhenti pam pun huhuhu..
Alhamdulillah...rezeki Auni..wpun xbyk mcm orang lain tp inila yg cukup utk Auni sbb die pun xbyk sgt minum mcm abg2nye...skali minum 2oz dan sejam setengah hingga 2jam lebih kurang die akan minum lagi..so mmg cukupla..deep freezer pun nk penuh dah hehe..

haa kalau tgk jadual atas ade 4sesi pumping during kelas..tmbah 2 lagi sesi pumping iaitu 6.30 pagi sebelum kelas startdan kul 2.30-3pagi...kene bgn utk pam ok..secara purata dalam 4 jam selang utk pumping..supaya dpt maintain supply..

syukur Alhamdulillah..stok yg dikumpul sepnjg 3 hari berkursus..
dlm polisterin tu stok susu yg dkumpul spnjg kursus, Alhamdulillah..xkira sbenarnye brp pek hehe..oh ye, nasib baik ade mini fridge dlm bilik hotel tu so mmg seng la nak simpan susu, kalau x jenuh nk p kafe minta die simpankan..

TIPS PUMPING SEMASA BERKURSUS

*ini memang base on experience saye la..

  1. sblm kursus kene make sure items yg perlu dibawa. cth : polisterin/ cooler box nak simpan susu, pam, botol susu (xpayah bwk byk, cukup dlm 2-4 botol utk sesi pam sahaja), plastik susu (ini bwk byk skit utk simpan susu, depends on brapa kali pam), sticker label, pen (hehe bende kecil je ni pun tp kalau x bwk haru la)
  2. ais? kalau saya, bwk mane yg ade ice pack tu,skit pun xpe sbb biasenye kat hotel boleh minta ice cube utk isi dlm polisterin.
  3. kene google @ call tpt penginapan utk tau sikit ttg facility yg disediakan. cth: mini fridge, tpt nak simpan susu
  4. kalau kursus kurang dari 5hari, xpayah bekukan susu sbb senang nak manage. cuma pastikan tahap sejuk je utk maintain suhu susu. kalau bekukan, takut nt kalau perjalanan jauh susu cair. TAPI kalau kursus lebih 5hari, nak xnak kene bekukan jgkla kan..so pastikan :
  • tpt nak bekukan susu tu ada..kalau nak harap kt mini fridge susah skitla sbb terhad..so minta jasa baik pihak hotel utk tumpang susu. LABEL TU PENTING dan kalau boleh simpan dlm plastik supaya xbercampur dgn bau2 mknn lain :)
  • ice cube cukup utk menampung kuantiti susu td, utk maintain susu supaya xcair..antara tips yg saye dpt, lapik polisterin @ cooler box dgn newspaper, then letak susu selang ngan ais, lapik dgn newspaper lg sebelah atas sblum tutup.newspaper tu fungsinye utk panjangkan lagi jangka hayat ais supaya bertahan..
  • tutup rapat2 supaya tahan lama sejuknye..kalau ade plaster lg bagus hehe,,
 itu sahaja la tips drpd saya...ade sape2 nak tmbah dialu2 kan hehe boleh kite berkongsi maklumat..