Tuesday 8 October 2013

tua dari usia sebenar....


Mengapa Nampak Lebih Tua………???
baca tajuk je dah takut ek..mengapa kite nampak lebih tua dari usia sebenar..malu la kan..jadi apa faktor yang boleh menyebabkan kite tua lebih cepat?

Punca penuaan pramatang boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 jenis iaitu faktor dalaman (intrinsik) dan faktor luaran (ekstrinsik). Proses penuaan yang berlaku semulajadi ialah apa yang dinamakan sebagai penuaan intrinsik. Bila kita mencecah usia pertengahan 20-an, penuaan kulit mula terjadi. Penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1.5% setiap tahun, pembaharuan kulit juga tidak berlaku seperti di waktu remaja. Kedutan halus, penipisan dan kulit kering mula menampakkan diri. Seterusnya kulit menjadi kurang anjal dan kendur. Manakala penuaan ekstrinsik pula disebabkan oleh pengaruh luar yang jika dapat diubahsuaikan, kita mampu mengekang perubahan yang berlaku.
Berikut disenaraikan 10 tip untuk mengekalkan keremajaan secara am.
  1. Elakkan terdedah kepada sinar mentari yang terik.
  2. Hindari aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan minuman keras.
  3. Elakkan dari selalu berkerut atau melakukan mimik muka tertentu yang mengerutkan kulit muka..
  4. Jangan tidur dengan muka di atas bantal yang boleh meninggalkan garisan kedutan akibat tekanan kulit muka ke atas bantal tersebut.
  5. Amalkan senaman secara rutin agar dapat mengekalkan keanjalan otot, menghindari kekenduran dan menggalakkan aliran darah yang lancar.
  6. Elakkan suhu yang ekstrem. Jangan biasakan mandi dengan air panas.
  7. Tidur secukupnya sekitar 7 – 8 jam sehari.
  8. Elak atau kawal tahap stres anda.
  9. Kurangkan pengambilan gula atau kanji secara berlebihan.
  10. Amalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan.

No comments:

Post a Comment