Friday 27 September 2013

Ketidaksuburan lelaki dan tips

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30% faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30% daripada lelaki.

sebanyak 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25% disebabkan punca yang tidak diketahui dan 5% diseb...abkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.

Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

>kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter.
>kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur.
>pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenamg menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai MORTALITI. Anda mungkin paling subur jika 40% daripada sperma anda sedang bergerak.


CARA YANG BAGUS UNTUK MENGHASILKAN SPERMA YANG SIHAT.

*Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing bernanah).
*Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ianya tinggi antioksidan.
*Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.
*Uruskan tekanan dan dapatkan tidur yang mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma.
*Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikaldalam rutin setiap hari.
*Pakai seluar dalam longgar.
 
MAKANAN BERKHASIAT DIPERLUKAN DALAM DIET ANDA

>Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.

Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji, labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh ROSAK JIKA DIMASAK dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink elok dimakan mentah misalnya daripada tumbuhan.

>Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.

Sumber makanan - hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang, dan ayam Belanda.

>CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. I a mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.

Sumber makanan - ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

> Vitamin E - meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki.

Sumber makanan - biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik, dan sayuran berwarna hijau gelap.

>Lelaki yang mempunyai tahap ASID FOLIK YANG RENDAH meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.

Sumber makanan - hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

>B12  - dapat meningkatkan jumlah sperma.

Sumber makanan - jenis tiram, kerang, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, biri-biri, daging dan keju.

>Vitamin C - dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleid Acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih mudah bergerak.

Sumber makanan - banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato, dan buahan sitrus.

>L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.

Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik.

Untuk memelihara kesuburan :-
*elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga.
*sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan anda seperti berdiri seketika.
*JANGAN letakkan komputer riba di paha anda.
*elakkan mandi sauna, dalam tab panas, dan mandian wap.
*hindari mrokok.

Ubat tertentu yang boleh menyumbang ketidaksuburan :-
*anti kemurungan
*anti androgen
*steroid anabolik
*ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.

Pendedahan pada toksik seperti racun seranggan dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma. Dadah misalnya marijuana, kokain, heroin dan tembakau boleh mengurangkan pergerkaan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk.

Sumber : Metro Ahad 22 September 2013


No comments:

Post a Comment