Monday 18 November 2013

Vitamin B17 boleh lawan kanser?

haii semua..ingat lagi x entry berkenaan diet sihat utk mengelakkan drpd kanser?..dah bace ke belum?..kalau belum boleh bace di sini..

saya ade terjumpa artikel di Harian Metro yg sama berkenaan kebaikan vitamin B17 dalam melawan kanser..yup, maksudnya seseorang yg menghidapi kanser boleh mengamalkan pengambilan vitamin B17 utk melawan kanser..saye pun ade buat searching beberapa website utk mengetahui lebih lanjut ttg vitamin B17, drpd mane sumber2 nya dan bagaimana ianya bertindak terhadap sel2 kanser..its a very good information actually, boleh dijadikan pendidkan kesihatan kpd pesakit kanser :)

jom baca :)

SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17 KEPADA BADAN KITA

Ramai di kalangan kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yg enak dan paling utama merupakan sumber vitamin dan serat yg utama. Vitamin amat diperlukan untuk membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti oksida serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser Jerman, Vitamin B17, juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser.

Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan benzyldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan menyerang dan membunuh sel2 kanser tersebut. Lebihan Vitamin B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang dihasilkan oleh sel2 normal badan kita. 

 


 
Vitamin B17 sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakan buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun, kebanyakan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini menyebabkan berlaku pengurangan kadar vitamin B17 dalam diet seharian kita. Pakar Kesihatan Awam dan juga Presiden Kelab Prosar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui aprikot kaya dengan B17 yang mampu merencatkan sel abnormal dan mengekalkan sel2 yang sihat.



 boleh rujuk sini untuk mengetahui kandungan vitamin B17 dalam buah-buahan :)

No comments:

Post a Comment