kanser serviks atau kanser rahim..kanser kedua penyebab kamatian wanita |
saya nak kongsi maklumat berkenaan amalan diet boleh mencegah daripada kanser..sy amik artikel ni melalui harian Metro bertarikh 29 Sept 2013..semoga memberi manfaat kepada semua :) <3<3<3
Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat spt mi, nasi dan roti, buah2an dan sayur2an, protein spt daging dan ikan, produk tenusu serta lemak. Pola pemakanan seseorang individu boleh memberi impak yg besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30%-40% risiko utk mendapat pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat.
KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN.
- KARBOHIDRAT - sering dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukuran berapa pantas 50g karbohidrat akan meningkatkan paras glukosa dalam darah. Melalui kajian yg telah dijalankan oleh Bingham pd tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, semakin banyak insulin yg akan dirembeskan utk membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Akibatnya? Paras glukosa dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan hantar isyarat bhw badan kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita utk makan lebih banyak.
- makanan yg mempunyai G.I yg tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak (90), teh tarik (79), nasi putih(72) dan roti canai (71). Makanan dgn G.I yg tinggi ini jika diambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme glukosa dlm badan dan akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian oleh penyelidik-penyelidik luar spt Colangelo, Coughlin dan rakan2 pada tahun 1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yg sgt tinggi utk mendapat kanser usus, kolorektal,dan pankreas. Oleh itu makanan yg mempunyai nilai G.I yg tinggi perlu dihindari khususnya bg pesakit diabetes bg mengurangkan risiko utk mendapat kanser.
penyumbang kepada beberapa jenis kanser spt kanser usus, perut, pankreas dan
kolorektal. Melalui penyelidikan yg dijalankan oleh Eugenia E. Calledan rakannya pd
tahun 1998, kadar kematian yg tinggi telah dicatatkan bg pesakit kanser yg
mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yg mempunyai berat badan yg
normal. Pengambilan lemak yg berlebihan turut meningkatkan risiko utk mendapat kanser payudara, kanser serviks, ovari dan prostat kerana lemak yg berlebihan akan
mengganggu keseimbangan hormon pembiakan dlm badan. Oleh itu, pengambilan
lemak tepu yg biasanya terdapat di dalam aging dan bahan tenusu perlu dikurangkan
dan boleh digantikan dgn lemak tak tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan
bijian.
3. PROTIN - pada tahun 2013, terdapat 26 kajian telah dilaporkan di dalam laman web
MEDLINE yang membincangkan mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus
serta kolorektal. Daripada 26 laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa
terdapat perkaitan positif di antara diet daging merah dengan kanser usus dan
kolorektal. Menurut kajian Brocton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser
usus adalah 35% lebih tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej,
nuget dan daging burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu,
pengambilan daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh
digantikan dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang
kuda yang lebih selamat.
4.BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN - menurut kajian Gladys Block dan rakannya,
pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran untuk meningkatkan
pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya akan mengurangkan
risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran dan
buah-buahan akan menghadapi 2 x GANDA risiko untuk diserang kanser termasuklah
kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan Kanser
Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan menurunkan
sebanyak 20-33% kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan perokok.
Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia
yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavonoids,
Beta-carotene, vitamin dan lain-lain.
ok...itu serba-sedikit berkenaan diet yang sihat untuk mengelakkan kanser daripada berlaku..kite selalu dgrkan, mencegah adalah lebih baik daripada merawat..so beringat2 la dlm pemakanan dan cara hidup kite..as a nurse, pengalaman yg sy lihat kebanyakan pada stage terakhir kanser adalah sangat menyedihkan, xdapat diselamatkan lagi..sayangilah nyawa anda :)
EH, NANTI DULU...
nak tahu vitamin ape yang boleh melawan sel2 kanser?? nantikan entry seterusnyaa..
No comments:
Post a Comment