Saturday 3 May 2014

Nutrien untuk ibu menyusukan bayi

assalamualaikum semua =) semoga ceria selalu..yela ibu yang menyusukan bayi tak boleh stress2 tau hehe nanti susu tak nak keluar..so apa yang perlu ibu2 makan untuk kesihatan dan pengeluaran susu yang berkesan?..haa kat sini nak kongsi sedikit maklumat suplemen atau tambahan nutrien untuk ibu2 bf (breastfeed/ breastfeeding) ..jom baca =)

MULTIVITAMIN
>>mutivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi drpd diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

PROTEIN
>>bayi memerlukan protein yang mencukupi untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti sumber soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan megekalkan sel2 yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.

VITAMIN C
>>dalam satu kajian terhadap para ibu yang mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina klit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS
>>vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari untuk menyokong sistem saraf bayi dan metabolisme yang sihat. Antara fungsi vitamin B kompleks ialah pengeluaran hormon, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusukan bayi perlukan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

KALSIUM
>>40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1200mg kalsium setiap hari.

ASID LEMAK OMEGA 3
>>pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neutron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak dalam otak\. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak sepeti gangguan hiperaktif, dan masalah tumpuan atau autisme.

ALFALFA
>>alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6,C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan  perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. 



 

No comments:

Post a Comment