Wednesday 16 April 2014

penyusuan suatu penyeksaan ??!!

assalamualaikum dan selamat beristirehat ;)
tetiba datang idea nak bercerita ttg penyusuan susu ibu sbb berdasarkan pengalaman,ramai kengkawan yg mengadu betapa sukar dan stress di awal penyusuan..susu tak ada, bayi asyik meragam, susu tak cukup,pam susu tak keluar dan pelbagai lagi luahan ibu2..

penyusuan susu ibu itu sunnah,dan sangat digalakkan dalam Islam..malah dalam alQuran juga tertulis digalakkan meneruskan susu ibu sehingga 2 tahun..

ok,saya tak juga menidakkan susu tepung sbb anak pertama saya hazim sempat menyusu susu ibu sehingga 2 bulan sahaja..itu pun sebelum tu dah campur2 ngan susu tepung..alhamdulillah sihat walafiat sehingga sekarang,jarang2 jatuh sakit..anak kedua hakim memang dah nekad nak menyusu ibu sahaja dan alhamdulillah sampai setahun..kali ni anak ketiga auni memang nak sangat sehingga 2 tahun insyaAllah,semoga dipermudahkan perjalannya :)

ok secara ringkasnya ingin saya senaraikan masalah yg sy sendiri alami,dan lebih kurang sama dengan kawan2 yg lain:-

•hari pertama susu takde pun --> hari pertama sehingga hari ke3 yang keluar adalah kolostrum,mmg sgt sedikit,kita pun tak nampak sangat tapi sebenarnya ada..nak tahu saiz perut bayi baru lahir? sebesar kacang walnut je :)

•bayi asyik melekat je,bila nak pam susu? --> saya suggest buat tandem pumping, iaitu bayi menyusu sebelah dan pam lagi sebelah,serentak..boleh,jgn tak try lagi dah kata tak boleh haa..bayi boleh diampu dengan bantal..trust me,u can do it..n believe me its worth it :)

•ni penting ni,MINDSET kene SENTIASA POSITIF..WAJIB..bukan harus lagi dah..tak mau negatif2..tak mau pikir 'cukup ke susu aku' once dah fikir negatif,susu pun malu nak keluar hehe..

•kes bayi tak nak tidur waktu malam?same here :) hazim dan hakim dalam pantang tak nak tidur malam..start pukul 11.30 malam time ibunye nak tidur,time tu la nak jaga sampai pukul 730 pagi..setiap hari..waktu siang dia boleh lena bom jatuh pun tak sedar (haha ayat mak saya tu)..stress?? stress jugak..kita letih dan mengantuk waktu siang..sebab tu penting ada orang lain jaga kita dalam pantang,nasib baik juga mak memahami..mak kata time baby tidur,tidurla..basuh baju masak mandi baby semua mak buat..love u maakk!! hehe..
>>masalah dari sini? bayi ngempeng je waktu malam..kalau saya kan,bagi susu yang diperah siang tadi dalam 2-3 oz ..kalau tak cukup juga,biarla dia nak ngempeng je..mungkin dia nak dekat dengan kita,dengar jantung kita..yela,9 bulan duk dalam kantung sambil dengar jantung ibu dia kan ;)
sambil2 tu zikir ya mattin dan sentiasala positif,fikir 'susu cukup,susu ada'

•susu masih tak ada atau berkurang? atau nak buat stok sebelum start kerja --> buatla power pumping..how?? dibuat dalam 1 jam,kalau guna double pam,pam serentak selama 10 minit,rehat 10minit dan sambung sehingga cukup 1 jam..kalau guna single pam,pam sebelah kanan 10minit, then tukar sebelah kiri 10 minit..sampai 60 minit ..
harus diulang2 setiap hari satu jam dan sesetengah orang dalam seminggu dah nampak hasil..digalakkan lakukan pada tgh malam sebab hormon prolaktin tinggi,iaitu hormon yang merangsang pengeluaran susu :)

>>>minum air masak banyak,makan makanan berkhasiat,dan PAM IKUT JADUAL supaya pengeluaran susu maintain..ikut rules MORE DEMAND MORE SUPPLY..selagi bayi hisap selagi itu susu ada..jangan biarkan tidak diperah lebih 4 jam..ikut selera bayi,tak ada spesifik berapa jam sekali kene bagi bayi :)

ok mungkin ada yang nak share tips/problem lain berkaitan susu ibu..digalakkan untuk bersama2 diskusi :) sharing is caring :)

No comments:

Post a Comment