alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa..syukur diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan kali ni..bagaimana dengan mood anda? :)) senyum selalu ok..wani pun try untuk sentiasa positif sepanjang hari supy di akhir hari kita akan dapat positif sahaja..betuull tak tipuu :))
wani nak kongsi tips utk mood baik sepanjang hari..yezzaa,10 minit pertama bangun dari tidur boleh jadi penentu mood anda..jom kita tgk :))
PERMULAAN MINIT PERTAMA
- pada permulaan, bukalah mata, duduk perlahan dan tarik nafas dalam2..hembuskan secara perlahan-lahan sebanyak 2-3 kali..
MINIT BERIKUTNYA
- kemaskan tempat tidur. Menurut Gretchen Rubin dalam bukunya The Happiness Project, merapikan tempat tidur secara rutin akan memberikan efek positif untuk anda sepanjang hari. Dengan mengemas tempat tidur, satu kebimbangan anda pada waktu pagi akan selesai dan anda boleh menjalankan tugas yang berikutnya..
MINIT SETERUSNYA
- mendengar muzik yang rancak akan membuatkan anda dan fikiran anda lebih tenang. Ada penelitian menunjukkan bahawa muzik dapat membantu mengimbangkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membangkitkan semangat.
MINIT SELANJUTNYA
- lakukan regangan ringan agar badan anda terasa lebih segar. Ia juga boleh memberi kesan pada wajah dan menghilangkan rasa mengantuk. Pada ketika ini, anda 100% bangun , bersedia untuk ke bilik air.
MINIT TERAKHIR
- melihat diri anda di cermin dapat meningkatkan mood pada waktu pagi. Apabila bercermin, cubalah senyuumm walaupun ada jerawat di wajah anda :))))
haa cuba kita praktikkan di awal pagi sebaik bangun tidur..jangan lupa senyuuummm :))
No comments:
Post a Comment