Monday, 30 June 2014

makanan ANTI STRESS :))

MAKANAN ANTI-STRESS

hepi monday uolls!! stress? eh jangaann..senyum selalu insyaAllah cas2 positif akan sentiasa bersama anda :))

ada jga makanan yang boleh membantu menangani stress anda..mm apa dia ek?

1. asparagus dan vitamin B
--asparagus dan vitamin B mempunyai asid folik yang mampu menstabilkan emosi. Kedua-dua sumber ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Apabila mengalami tekanan, paras hormon lortisol dalam tubuh akan meningkat lalu menyebabkan tahap serotonin merosot. Oleh itu, tujuh batang asparagus bersaiz 1/2 inci enak dimakan apabila goreng atau dibuat sup.


2. susu segar
--1/2 cawan susu segar diambil setiap pagi bersama bijirin untuk memulakan hari dengan baik.

3. daging
--daging adalah makanan terbaik untuk diambil ketika anda mengalami stress. Kenapa? Sebab daging mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood anda. Cukup sekadar 1 cawan kecil daging merah sahaja. Ambil lebih2 lain pula jadinya nanti :)

4. kacang almond
--almond mengandungi vitamin E, magnesium dan zink. Jumlah yang disyorkan adalah 1/3 cawan bersamaan 306 kalori.

5. tuna
--tuna kaya dengan vitamin B6. Cuma jangan terlalu banyak mayonis jika mahu dijadikan sandwich di waktu tengahari.

6. emping jagung atau bertih beras
--sesuai sebagai minuman petang yang kaya dengan asid folik dan vitamin. Jumlah yang sesuai adlaah 1 cawan emping jagung atau 2 cawan bertih beras.

B Complex Shaklee boleh menangani stress? 

dan jangan lupa untuk senyuuummm sepanjang hari ok :)))) 

email : alwani_nurul@hotmail.com
whatsapp/ sms/ telegram : 0129196515

10 minit penentu MOOD sepanjang hari :))

alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa..syukur diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan kali ni..bagaimana dengan mood anda? :)) senyum selalu ok..wani pun try untuk sentiasa positif sepanjang hari supy di akhir hari kita akan dapat positif sahaja..betuull tak tipuu :))

wani nak kongsi tips utk mood baik sepanjang hari..yezzaa,10 minit pertama bangun dari tidur boleh jadi penentu mood anda..jom kita tgk :))

 PERMULAAN MINIT PERTAMA
- pada permulaan, bukalah mata, duduk perlahan dan tarik nafas dalam2..hembuskan secara perlahan-lahan sebanyak 2-3 kali..

MINIT BERIKUTNYA
- kemaskan tempat tidur. Menurut Gretchen Rubin dalam bukunya The Happiness Project, merapikan tempat tidur secara rutin akan memberikan efek positif untuk anda sepanjang hari. Dengan mengemas tempat tidur, satu kebimbangan anda pada waktu pagi akan selesai dan anda boleh menjalankan tugas yang berikutnya..

MINIT SETERUSNYA
- mendengar muzik yang rancak akan membuatkan anda dan fikiran anda lebih tenang. Ada penelitian menunjukkan bahawa muzik dapat membantu mengimbangkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membangkitkan semangat.

MINIT SELANJUTNYA
- lakukan regangan ringan agar badan anda terasa lebih segar. Ia juga boleh memberi kesan pada wajah dan menghilangkan rasa mengantuk. Pada ketika ini, anda 100% bangun , bersedia untuk ke bilik air.

MINIT TERAKHIR
- melihat diri anda di cermin dapat meningkatkan mood pada waktu pagi. Apabila bercermin, cubalah senyuumm walaupun ada jerawat di wajah anda :))))

haa cuba kita praktikkan di awal pagi sebaik bangun tidur..jangan lupa senyuuummm :))

 

Wednesday, 11 June 2014

saat ku jatuh cintaa......

assalamualaikum n salam ceria semua :)..hehe nak cerita pasal buah hati pengarang jantung sikit..cewah..pasal boipren ka..

orang kata tak kenal maka tak cinta..dah kenal makin nak bercinta hehe..kata-kata sendiri reka..macam mana boleh nak ber'cinta' dengan shaklee ni? eh bukan Forrest c. Shaklee pengasas dia ye, dengan produk Shaklee yang terbukti berkesan ni la..

tahun 2010, bila disahkan mengandung Akim, anak saya no 2, berkobar-kobar nak menyusukan dengan susu ibu sahaja..almaklumlah abang dia Ajim saya hanya beri susu ibu 2 bulan sahaja,itu pun dah campur2 dengan susu tepung akibat kurangnya ilmu penyusuan susu ibu..so,dengan tekad dan semangat kuat (cewah) saya korek segala ilmu penyususan susu ibu utk melaksanakan misi penyusuan susu ibu..

google je,berlambak info tentang psi (penyusuan susu ibu) ni..hehe..mula2 kenal forum susuibu.com..so much of info they have there..forum yang membincangkan masalah dan tips psi...lepas tu banyak blog2 yang ada maklumat psi,best baca dan memang semangat nak menyusukan anak tu semakin kuat ..pastu adala terbaca orang ambil suplemen Shaklee utk membantu menjayakan psi..mula2 terpikir jugak, 'Shaklee? macam pernah dengar..' ingat2 lupa je hehe.,.

semakin banyak info penyusuan susu ibu, semakin banyakla info tentang Shaklee ni..masa tu ada terpikir utk mencuba..rasanya time tu famous blog PM Cery kot, ngan blog Master Norita Idris yang saya baca blog Shaklee..

akhirnya saya consume jugak set trial penyusuan susu ibu..ada Vit C, Vit B Complex, VitaLea dan Alfalfa Complex..hasilnya? alhamdulillah susu mencukupi keperluan Akim masa tu..tapi diri sendiri kena kuat dan tekad untuk meneruskan psi..kena rajin pam dan makan makanan berkhasiat..banyakkan minum air..saya suka minum susu, jadi ia pun membantu juga..

selain tu suplemen Shaklee mengurangkan rasa stress dalam pantang..yela kena jaga Ajim jugak anak saya yang sulung..baru 2 tahun jadi dia pun lasak dan aktif..Alfalfa Complex membantu menguatkan rahim dan sebagai milk booster..memag bestla ambil set psi masa tu..

pastu saya continue ambil tapi kali ni add on Energizing Soy Protein..memang bestt!! kita boleh nampak perbezaan pada susu ibu..ESP ni sumber protein terbaik tau, sbb nonGMO (genetiknya tidak diubah)..so susu ibu nampak pekat sedikit..serius!! sbb protein lebih byk..so anak cpt kenyang n waktu malam tidak meragam..my fav suplement!!

saya beli suplemen Shaklee pada 2,3 orang jugakla..tapi takde seorang pun yang menceritakan kebaikan jadi ahli Shaklee..so memang tak tahu benefitnya..hanya pada tahun 2013, awal tahun, saya tengok kawan baik saya menceritakan benefit jadi ahli Shaklee, dan jadikan Shaklee sebagai second income..saya tengok, wah..byk benefitnya..silap haribulan boleh jadi Millionaire!! so saya fikir why not..saya dah consume banyak suplemen Shaklee dan memang berkesan pada saya,,kenapa saya tak kongsikan pada orang lain?rasa sendiri bagaimana suplemen Shaklee membantu menjadikan diri lebih sihat..so saya pun jadi ahli, dan ingin berkongsi dengan orang ramai tentang suplemen Shaklee ni selamat, terbukti berkesan (ada jurnal dan research tau..), natural dan halal..


saya sudah, anda bila lagi? ;)


ID 911585
whatsapp/ sms/ telegram : 0129196515
email : alwani_nurul@hotmail.com