Thursday, 15 May 2014

Meal Shakes- sarapan segera yang berkhasiat ;)

best tak tajuk hehe..sarapan segera yang berkhasiat atau instant breakfast yang penuh nutrien untuk menjana tenaga awal pagi..ya la,kadang-kadang kita tak sempat nak sarapan kan, kejar masa..lagi-lagi bagi ibu bekerjaya yang nak siapkan sarapan anak sekolah, nak siapkan baju dan beg anak,nak siap2 kan anak pergi sekolah di samping siapkan barang keperluan sendiri untuk bekerja,kan..

ok tak nak celoteh panjang haha..jom kita tengok apa yang istimewanya Meal Shakes Shaklee ni..

>>Meal Shakes diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi- buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaikdan mengandungi organisma protinyang sangat berkualiti dan mudah diserapke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingg ke dewasa. kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya. 

>>sesuai untuk semua golongan - kanak-kanak membesar, pelajar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja, dan orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika sedang mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak.

MANFAAT UTAMA

~nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral, dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

~membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

~membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan magnesium dan kalsium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.

~anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

~mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

~detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. 

~kelazatan rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan. 

Meal Shakes sangat sedap kalau campurkan dengan Energizing Soy Protein dan Performance Drink..rase vanilla oren..haa segar je rasa..lagi2 kalau nak bersahur atau berbuka boleh ambil segelas campuran ini..masa bersahur ia memberikan sumber protein, fiber untuk kenyang yang lebih lama dan hidrasi..memang sangat sesuai kan untuk diambil masa berpuasa..


ID 911585
whatsapp/ sms/ telegram : 0129196515
emel : alwani_nurul@hotmail.com





Friday, 9 May 2014

mengepam semasa berkursus-part 3

hello..kali ni nak berceloteh pasal psi lagi he he..penyusuan susu ibu.. kali ni nak share susunan psi kat Umah sepanjang ketiadaan saya..lebih kepada rujukan cik abg la kan he he..

3 hari kursus jadi sy akan tinggalkan 3 container utk isi ebm sepanjang berkursus..auni cuma minum 2oz je time tu,selang 2 jam..jadi satu hari kite Ada 24jam÷2=12..12×2oz =24 oz..lebih takpe jgn kurang hehe..pastu 1 container letak dlm peti ais dan lg 2 container dlm peti beku atau deep freezer..

pesan pada abg utk abiskan container no 1 sbb bila ebm (expressed breast milk) dah cair, tidak boleh untuk dibekukan semula..bila dah habis container no 1,barula bawa container no 2 ke peti ais biasa untuk dicairkan..

senang je kan?siapkan botol2 supaya mudah untuk abang pindahkan ebm dalam plastik ke dalam botol..

FB : Nurul Alwani Mohd Kasim

Page : Healthier Better You

ID 911585

whatsapp/sms/telegram : 0129196515

emel : alwani_nurul@hotmail.com



makanan tambahan membanyakkan susu ibu

assalamualaikum dan salam sejahtera hihi pagi Jumaat yang indah,amalkan alkahfi dan zikir2 yang lain insyaAllah Allah pelihara kita dari azab api neraka..insyaAllah..
haa dah pam susu ke?yang dalam pantang tu mesti dah banyak stok susu kan..dalam pantangla kita boleh simpan stok banyak utk kegunaan waktu bekerja..ikut pengalaman saya bila dah start kerja masa tu limited utk kumpul stok..

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

>selain dari pada itu, sawi juga boleh membanyakkan susu,juga Horlicks, Milo,susu dan sebagainya..si ibu harus tahu apa yang sesuai dengan badannya..macam saya selain yang di atas saya amalkan Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein dalam penyusuan susu ibu..best!! he he..

Alfalfa Complex berkesan sebagai milk booster..boleh nampak kesannya kalau makan atau tak..lepas pam atau menyusu ambil Alfalfa Complex,susu akan cepat terhasil..Energizing Soy Protein pula (atau nama glamour ESP) membantu pekatkan lagi susu ibu..yela sumber protein kan so secara tak langsung terhasil dalam susu ibu dan membantu bayi untuk kenyang lebih lama..proven ok he he..

ID 911585
whatsapp/sms/telegram : 0129196515
emel : alwani_nurul@hotmail.com

Saturday, 3 May 2014

Nutrien untuk ibu menyusukan bayi

assalamualaikum semua =) semoga ceria selalu..yela ibu yang menyusukan bayi tak boleh stress2 tau hehe nanti susu tak nak keluar..so apa yang perlu ibu2 makan untuk kesihatan dan pengeluaran susu yang berkesan?..haa kat sini nak kongsi sedikit maklumat suplemen atau tambahan nutrien untuk ibu2 bf (breastfeed/ breastfeeding) ..jom baca =)

MULTIVITAMIN
>>mutivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi drpd diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

PROTEIN
>>bayi memerlukan protein yang mencukupi untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti sumber soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan megekalkan sel2 yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.

VITAMIN C
>>dalam satu kajian terhadap para ibu yang mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina klit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS
>>vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari untuk menyokong sistem saraf bayi dan metabolisme yang sihat. Antara fungsi vitamin B kompleks ialah pengeluaran hormon, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusukan bayi perlukan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

KALSIUM
>>40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1200mg kalsium setiap hari.

ASID LEMAK OMEGA 3
>>pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neutron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak dalam otak\. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak sepeti gangguan hiperaktif, dan masalah tumpuan atau autisme.

ALFALFA
>>alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6,C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan  perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.