jom kita tengok siapa yang lebih berisiko..
PENGHIDAP KENCING MANIS
>>meraka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan arterosklerosis, oleh itu lebih berisiko mengalami strok. DIET TIDAK SIHAT
>>diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
PERNAH MENGALAMI ISKEMIA SEMENTARA
>>dianggarkan seorang dari 5 yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih strok iskemia sementara.
MENGALAMI FIBRILASI ATRIUM
>>jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
PEROKOK
>>ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan dengan tekanan darah yang lebih tinggi.
PEMINUM ALKOHOL YANG KERAP
>>selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang merbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
PENGAMBILAN PIL PERANCANG
>>sesetengah pil perancang keluarga boleh menyebabkan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.
APAKAH KESAN STROK?
Tidak semua pesakit akan mengalami kesemua kesannya,mungkin hanya sebahagiannya sahaja. Jika terlihat perubahan tersebut, jangan risau, itu sebenarnya kesan akibat strok yang pernah menyerangnya :)
- kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan.
- koordinasi yang lemah.
- perawakan yang tidak normal.
- kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
- tidak dapat mengawal pembuangan najis.
- kehilangan penglihatan separa.
- tidak dapat menelan.
- kekurangan kognitif.
- menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.
- mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.
- konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.
- tidak dapat memahami percakapan/pertuturan.
- kekurangan tanggapan ruang/persepsi.
- tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan.
- kehilangan rasa di sebelah badan.
- kehilangan rasa disebelah badan.
- kehilangan imej tubuh.
No comments:
Post a Comment