Thursday 21 November 2013

STROK..setakat manakah bahayanya?

assalamualaikum dearest readest semua...semoga sihat selalu ye..nak tanye skit ni, setakat mana uoll tau tentang strok?..mmg penah dgr kan tapi ape sebenarnye ek..serang ikut mana hehe..hari tu ade beli majalah iSihat keluaran November 2013, jadi nak share skitlah pasal strok ni..bukan nak minta tapi boleh dijadikan panduan kalau ade ahli keluarga yg mengalami strok..at least uoll tau ape nak buat dan bagaimana terjadi dan macam mane nak manage n minta bantuan..
HAPPY READING ^____^
STROK
>>strok merupakan punca ketiga kematian terbesar di Malaysia..haa takut x..jgn main2 dgn strok dan jgn anggap ianya perkara biase..
>>menurut data drpd World Stroke Organization, serangan strok meningkat di negara-negara berkembang.
>>di Malaysia, strok merupakan penyakit ke -10 yg sering diajukan kepada hospital.
>>kajian yang dilakukan di Sweden menyatakan, antara lelaki dan wanita, lelaki merupakan majoriti yang diserang strok. Tetapi, wanita mempunyai risiko yang tinggi menjadi lebih kritikal berbanding lelaki apabila diserang strok.

DUA jenis serangan strok iaitu :-
~STROK ISKEMIA - salur darah tersumbat (ischemic stroke)
~STROK BERDARAH - melibatkan salur darah pecah (hemorrhagic stroke)


STROK ISKEMIA
>berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak
>biasanya akibat daripada pengumpulan kolestrol di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.
>mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (ombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak lalu menghalang bekalan darah.
>manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan , contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

STROK BERDARAH
>terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyababkan pendarahan.
>penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberikan tekanan pada dinding arteri, boleh meningkatkan risiko salur darah pecah dan berdarah

BERTINDAK SEGERA, JANGAN TUNGGU DAN LIHAT
>>menurut Dr. Ainul Syahrilfazli Jaafar, Pakar Bedah Neurosurgeri dan Pensyarah Kanan PPUKM, kebanyakan pesakit yang dihantar sebelum 4 jam setelah diserang strok, peluang utk kembali pulih sangat cerah. Namun sekiranya pesakit hanya dihantar melebihi 24 jam, peluang untuk mereka kembali pulih sepenuhnya bergantung kepada sejauh mana strok menyerang mereka. Masalah akan timbul pesakit mengalami infak - otak mati disebabkan kekurangan oksigen yg sampai ke otak dalam tempoh tersebut.

Penting untuk orang ramai mengawal faktor utama yg boleh menyumbang kepada strok iaitu DIABETES, DARAH TINGGI, PARAS KOLESTEROL DAN TABIAT MEROKOK.

<FAST>
teknik FAST utk membantu orang yg mengalami strok:-

*F = FACE - Raut wajah akan berubah menjadi semakin senget. menandakan otak telah mula diserang
*A = ARMS - anggota badan seperti tangan dan kaki mula terasa kebas dan sukar melakukan pergerakan seperti biasa.
*S = SPEECH - mula mengalami masalah pertuturan seperti pelat, butir bicara tidak terang dan susah utk bertutur.
*T = TIME TO CALL 999 - segera mendail nombor kecemasan utk mendapatkan bantuan
8 KUNCI ELAK STROK

>> jadilah lebih aktif secara fizikal
- tingkatkan senaman anda. Senaman membantu menurunkan tekanan darah, mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan utk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 MINIT sekurang-kurangnya 5 HARI SEMINGGU.
( tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok)

>>amalkan diet yang sihat
- rase-rasenye kite ambil diet sihat tak? selalu makan fastfood atau makanan yang dah siap diproses? fikir balik ye makanan yg kite ambil.. seeloknya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran sbg sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral. Pemakanan yg sihat yang dibuktikan oleh oenyelidikan dapat mengurangkan strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Terlalu banyak lemak tepu pula boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran dinding arteri). Gula? mmm kite sedia maklum pengambilan gula yg berlebihan membawa kepada pelbagai penyakit.

>>kekalkan berat badan ideal.
-berat badan yg berlebihan membawa risiko strok. Lemak yg berkumpul dalam badan akan menjadi penghalang utk darah bergerak lancar. Jika obesiti, bukan sahaja strok, malah banyaakk lagi penyakit lain akan datang.
- tak tahu berat badan ideal anda? senang sahaja, ikut formula ini -------> berat (kg) / tinggi (m)xtinggi(m) [darabkan tinggi dgn tinggi dahulu, kemudian baru berat anda bahagikan jwpn tinggi tadi]

>>JANGAN MEROKOK
-merokok meninggikan risiko strok kerana menyebabkan arterosklerosis dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal. Lagipun, rokok itu haramkan? Ubahlah cara hidup anda dan jangan merokok utk kesihatan diri anda dan orang sekeliling.

>>minum alkohol dgn bijak
-untuk orang Islam dah sah-sah haram tau.. ini untuk mereka yg minum alkohol, elak minum dgn banyak sekali gus kerana boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum sehari atau dua hari dalam seminggu.

>>pemeriksaan kesihatan
-dalam sebulan berapa kali anda buat pemeriksaan kesihatan? atau sekali seumur hidup? Penyakit hadir tidak mengira waktu dan usia. Sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah. Tapi kalau ada tekanan darah tinggi haruslah buat pemeriksaan dengan lebih kerap. Minta nasihat dari doktor sebelum mengambil pil perancang atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT). Pengambilan pil-pil juga menyumbang kepada strok.

>>tidur 7 jam sehari
-yang ini mungkin bagi sesetengah orang tidak boleh nak penuhi (termasuk saya huhu). Tetapi haruslah diketahui bahawa kekurangan rehat memberi impak kepada emosi dan mood. Terdapat bukti saintifik yang mengatakan apabila seseorang itu tidak mendapat rehat secukupnya iaitu kurang tidur pada waktu malam, personaliti mudah berubah. Golongan ini akan mudah menjadi murung, pemarah, kurang sabar, dan sangat sensitif. Tidur yg cukup mampu mengelakkan plak terbentuk dalam arteri, seterusnya membantu menghalang berlakunya serangan jantung dan strok.

>>rawat MIGRAIN
-jika menghidap migrain, sebaiknya dapatkan rawatan doktor secepat mungkin. Tekanan migrain berisiko untuk mendapat serangan strok. Tak salah berjaga-jaga sebelum terkena
.
 SIAPA YANG BERISIKO?? APAKAH KESAN2 STROK??

No comments:

Post a Comment