Thursday 22 August 2013

ROKOK??? NO NO NO

 jeng jeng jeng...hari ni genap 7hari hubby berhenti merokok hehe..suka sgt,opkoslaa..i ni jenis ornag orang yg BENCI sgt dgn rokok,perosak manusia nih..so,terpikir la nak korek skit info pasal rokok yg x best ni..selain tu, kesan drpd berhenti merokok, perokok akan rasa nak marah, depress, rasa xseronok keje, batuk2, sakit kepala, mungkin flu disebabkan penurunan nikotin dalam badan..tapi semntara jee..yg penting dlm masa panjang badan akan kembali sihat..yezzaa..

Apakah bahaya merokok???

Merokok boleh menyebabkan ketagihan.

Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
...
1. Barah paru-paru
2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
3. Sakit jantung iskaemia
4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular
diseases
5. Kanser pundi kencing
6. Air mani tidak normal
7. Lemah ingatan
8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau
anak kecil
11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser
meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???

Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Tips untuk berhenti merokok:

1. Melengah-lengahkan masa untuk merokok.
2. Selalu membasuh tangan.
3. Selalu mandi.
4. Mengunyah sesuatu seperti gulu-gula getah atau buah-buahan.
5. Jangan bercampur dengan orang yang sedang merokok.
6. Banyakkan bersenam.
7. Menarik nafas panjang sebanyak 3 kali.
8. Berdoa pada tuhan untuk berhenti merokok.

Kesan berhenti merokok :

20 minit - Tekanan darah dan denyutan nadi turun ke kadar biasa. Suhu kaki dan tangan kembali biasa.
8 jam - Kadar karbon monoksida dan oksigen dalam darah menurun kepada biasa.
24 jam - Peluang mendapat sakit jantung menurun.
48 jam - Sel saraf kembali berkembang. Deria bau dan rasa bertambah baik.
2 minggu hingga 3 bulan - Pengaliran darah bertambah baik. Lebih mudah berjalan. Fungsi paru-paru meningkat 30 peratus.
1 bulan hingga 9 bulan - Batuk, sinus, keletihan dan sesak berkurangan. Cilia (rerambut halus) dalam paru-paru tumbuh semula untuk menangani masalah lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.
1 tahun - Risiko penyakit arteri koronari menurun 50 peratus berbanding perokok.
5 tahun - Kadar kematian akibat kanser paru-paru menurun. Risiko mendapat angin ahmar sama seperti bukan perokok. Risiko mendapat kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas menurun.

credit to :ceriterahidup.blogspot.com , fairusmamat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment