Friday, 9 May 2014

makanan tambahan membanyakkan susu ibu

assalamualaikum dan salam sejahtera hihi pagi Jumaat yang indah,amalkan alkahfi dan zikir2 yang lain insyaAllah Allah pelihara kita dari azab api neraka..insyaAllah..
haa dah pam susu ke?yang dalam pantang tu mesti dah banyak stok susu kan..dalam pantangla kita boleh simpan stok banyak utk kegunaan waktu bekerja..ikut pengalaman saya bila dah start kerja masa tu limited utk kumpul stok..

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

>selain dari pada itu, sawi juga boleh membanyakkan susu,juga Horlicks, Milo,susu dan sebagainya..si ibu harus tahu apa yang sesuai dengan badannya..macam saya selain yang di atas saya amalkan Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein dalam penyusuan susu ibu..best!! he he..

Alfalfa Complex berkesan sebagai milk booster..boleh nampak kesannya kalau makan atau tak..lepas pam atau menyusu ambil Alfalfa Complex,susu akan cepat terhasil..Energizing Soy Protein pula (atau nama glamour ESP) membantu pekatkan lagi susu ibu..yela sumber protein kan so secara tak langsung terhasil dalam susu ibu dan membantu bayi untuk kenyang lebih lama..proven ok he he..

ID 911585
whatsapp/sms/telegram : 0129196515
emel : alwani_nurul@hotmail.com

Saturday, 3 May 2014

Nutrien untuk ibu menyusukan bayi

assalamualaikum semua =) semoga ceria selalu..yela ibu yang menyusukan bayi tak boleh stress2 tau hehe nanti susu tak nak keluar..so apa yang perlu ibu2 makan untuk kesihatan dan pengeluaran susu yang berkesan?..haa kat sini nak kongsi sedikit maklumat suplemen atau tambahan nutrien untuk ibu2 bf (breastfeed/ breastfeeding) ..jom baca =)

MULTIVITAMIN
>>mutivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi drpd diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

PROTEIN
>>bayi memerlukan protein yang mencukupi untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti sumber soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan megekalkan sel2 yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.

VITAMIN C
>>dalam satu kajian terhadap para ibu yang mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina klit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS
>>vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari untuk menyokong sistem saraf bayi dan metabolisme yang sihat. Antara fungsi vitamin B kompleks ialah pengeluaran hormon, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusukan bayi perlukan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

KALSIUM
>>40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1200mg kalsium setiap hari.

ASID LEMAK OMEGA 3
>>pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neutron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak dalam otak\. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak sepeti gangguan hiperaktif, dan masalah tumpuan atau autisme.

ALFALFA
>>alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6,C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan  perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. 



 

Wednesday, 16 April 2014

penyusuan suatu penyeksaan ??!!

assalamualaikum dan selamat beristirehat ;)
tetiba datang idea nak bercerita ttg penyusuan susu ibu sbb berdasarkan pengalaman,ramai kengkawan yg mengadu betapa sukar dan stress di awal penyusuan..susu tak ada, bayi asyik meragam, susu tak cukup,pam susu tak keluar dan pelbagai lagi luahan ibu2..

penyusuan susu ibu itu sunnah,dan sangat digalakkan dalam Islam..malah dalam alQuran juga tertulis digalakkan meneruskan susu ibu sehingga 2 tahun..

ok,saya tak juga menidakkan susu tepung sbb anak pertama saya hazim sempat menyusu susu ibu sehingga 2 bulan sahaja..itu pun sebelum tu dah campur2 ngan susu tepung..alhamdulillah sihat walafiat sehingga sekarang,jarang2 jatuh sakit..anak kedua hakim memang dah nekad nak menyusu ibu sahaja dan alhamdulillah sampai setahun..kali ni anak ketiga auni memang nak sangat sehingga 2 tahun insyaAllah,semoga dipermudahkan perjalannya :)

ok secara ringkasnya ingin saya senaraikan masalah yg sy sendiri alami,dan lebih kurang sama dengan kawan2 yg lain:-

•hari pertama susu takde pun --> hari pertama sehingga hari ke3 yang keluar adalah kolostrum,mmg sgt sedikit,kita pun tak nampak sangat tapi sebenarnya ada..nak tahu saiz perut bayi baru lahir? sebesar kacang walnut je :)

•bayi asyik melekat je,bila nak pam susu? --> saya suggest buat tandem pumping, iaitu bayi menyusu sebelah dan pam lagi sebelah,serentak..boleh,jgn tak try lagi dah kata tak boleh haa..bayi boleh diampu dengan bantal..trust me,u can do it..n believe me its worth it :)

•ni penting ni,MINDSET kene SENTIASA POSITIF..WAJIB..bukan harus lagi dah..tak mau negatif2..tak mau pikir 'cukup ke susu aku' once dah fikir negatif,susu pun malu nak keluar hehe..

•kes bayi tak nak tidur waktu malam?same here :) hazim dan hakim dalam pantang tak nak tidur malam..start pukul 11.30 malam time ibunye nak tidur,time tu la nak jaga sampai pukul 730 pagi..setiap hari..waktu siang dia boleh lena bom jatuh pun tak sedar (haha ayat mak saya tu)..stress?? stress jugak..kita letih dan mengantuk waktu siang..sebab tu penting ada orang lain jaga kita dalam pantang,nasib baik juga mak memahami..mak kata time baby tidur,tidurla..basuh baju masak mandi baby semua mak buat..love u maakk!! hehe..
>>masalah dari sini? bayi ngempeng je waktu malam..kalau saya kan,bagi susu yang diperah siang tadi dalam 2-3 oz ..kalau tak cukup juga,biarla dia nak ngempeng je..mungkin dia nak dekat dengan kita,dengar jantung kita..yela,9 bulan duk dalam kantung sambil dengar jantung ibu dia kan ;)
sambil2 tu zikir ya mattin dan sentiasala positif,fikir 'susu cukup,susu ada'

•susu masih tak ada atau berkurang? atau nak buat stok sebelum start kerja --> buatla power pumping..how?? dibuat dalam 1 jam,kalau guna double pam,pam serentak selama 10 minit,rehat 10minit dan sambung sehingga cukup 1 jam..kalau guna single pam,pam sebelah kanan 10minit, then tukar sebelah kiri 10 minit..sampai 60 minit ..
harus diulang2 setiap hari satu jam dan sesetengah orang dalam seminggu dah nampak hasil..digalakkan lakukan pada tgh malam sebab hormon prolaktin tinggi,iaitu hormon yang merangsang pengeluaran susu :)

>>>minum air masak banyak,makan makanan berkhasiat,dan PAM IKUT JADUAL supaya pengeluaran susu maintain..ikut rules MORE DEMAND MORE SUPPLY..selagi bayi hisap selagi itu susu ada..jangan biarkan tidak diperah lebih 4 jam..ikut selera bayi,tak ada spesifik berapa jam sekali kene bagi bayi :)

ok mungkin ada yang nak share tips/problem lain berkaitan susu ibu..digalakkan untuk bersama2 diskusi :) sharing is caring :)

Friday, 4 April 2014

OsteMatrix - bukan sekadar Kalsium :)

tajuk tak tahan haha..tapi bukan sekadar omong kosong ya..kalsium haruslah diambil bersama2 vitmin D dan magnesium untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan..

PERBEZAAN SHAKLEE

●●kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien2 ini perlu diambil bersama - sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.●●

Manfaat utama OsteMatrix:

■menguatkan tulang- kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka,gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia, kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

■memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas- pengambilan 600mg kalsium sebelum akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

■meringankan stress- ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

■memperbaiki nasalah haid- kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan menbantu membuang air kecil.

■pengalkalian tubuh- kalsium falah mineral alkalin, ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Kalsium juga membantu penyerapan nutrien dan merangsang detoksifikasi.

■memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

■vitamin D - ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan rangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D.

■magnesium- adalah ion positif no 2 penting dalam tubuh kita, menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.

■ zink, boron, manganes, kuprum - memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana memilih kalsium premium?

>> pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.
>>elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
>>elakkan mineral chelated keranan proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

dapatkan konsultasi seumur hidup dengan setiap pembelian suplemen Shaklee daripada saya :)

FB : Nurul Alwani Mohd Kasim
Page : Healthier Better You
ID 911585
whatsapp/sms/telegram : 0129196515
emel : alwani_nurul@hotmail.com

Monday, 10 March 2014

5 healthy-diet :)

morning uolls!!hepi working today!!

nak slim?nak sihat?hehe tetiba sebut pasal slim ek..atau tgh berdiet?sebenarnya tak perlu susah payah nak plan entire meal for a day..ikut je 5 contoh diet yg sihat berikut,selitkan dalam menu anda and wallah!! anda akan rasa lebih kenyang secara sihat

1. banyakkan buah2an dan sayuran dlm menu
-tau dah buah n sayur mmg sgt bagus utk badan, kan? penuh dgn vit...amin, mineral, fiber, risiko utk dpt sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser sgt kurang.
Target anda dlm sehari? 2cwn buah n 2.5 cwn sayuran.
~atau pastikan pinggan anda separuh diisi dgn sayuran
~variasikan meal anda..boleh campur2kan buah lagi sedapkan? sayur letak mayonis sikit..mmm sedaapp..

2. pilih lemak yg 'baik'
-lemak 'saturated' dan lemak 'trans' boleh menaikkan tahap kolestrol dan menyebabkan sakit jantung. so, try untuk kurangkan mknn berasaskan haiwan spt mentega, dan daging, dan juga cookies or biskut.
~macam mana ek..senang je, cth tukar drpd whole milk kpd fat-free milk, burger ayam instead of burger daging, dan juga elakkan peanut butter, tapi tukar kpd lower fat nut butter.
~tapi xkan tak ambil minyak langsung,kan? olive oil is better..nuts, seeds, dan buah avicado mengandungi lemak sihat yg dperlukan utk tenaga.

3. minum air, bukannya latte atau jus.
- air sgt2 penting utk tubuh.malah minum segelas air selepas bangun tidur sgt elok utk 'kejutkan' sistem badan yg tidur tu..minum byt sgt jus n kopi akan menyebabkan tinggi dlm gula n kalori..so, cuba bgn tidur minum segelas air, sebelum tidur pun segelas air..dan pastikan sebotol besar air kosong sepanjang hari anda bekerja/di luar..

4. fiber fiber fiber
- nak kurus?nak sihat? hehe..dan juga nak kurangkan risiko anda dpt sakit jantung,kencing manis dan sstengah kanser? eat fiber..cth? whole grain bread, bukannya roti putih tu..atau makan buah2an spt epal, atau ambil oatmeal..boleh taburkan flaxseed pd salad anda..tinggi fiber!!

5. portions control!!
-berapa saiz nasi dlm pinggan anda?segenggam?semangkuk?atau penuh pinggan..
~ nak sihat sebenarnya ambil dlm kuantiti sedikit tapi kerap..makan sebelum kenyang..tips?
>>jgn makan depan tv atau movie..khusyuk sgt sampai sumbat je mknn dlm mulut..
>>makan dgn perlahan,enjoy your meal:)
>>makan dari pinggan,bukannya se beg besar

u should try

Tuesday, 25 February 2014

TIPS LEGAKAN SELSEMA DEMAM

assalamualaikum & salam muhibbah :)

siapa suka demam selsema, angkat tangan? huhu..asyik nak telan ubat je, mana tahan kan..pastu lambat baik pulak tu..sekali sekala apa kata kita guna herba pula, sepeti yang dicadangkan oleh Dr. David Hoffman drpd Institut Herba Perubatan Kebangsaan Britain.

Caranya ialah dengan mencampurkan 28gram halia, sebatang kayu manis, satu sudu kecil biji ketumbar, 3 kuntum bunga cengkih, sepotong hirisan lemon, dan 474 ml air. Panaskan selama 15 minit, kemudian tapis. Minum panas-panas setiap 2 jam.



selamat mencuba!! 

Immune Booster Set kami terdiri daripada :
- NutriFeron
- Sustained Release Vita-C
- Zinc Complex
- Garlic

ingin mengetahui lebih lanjut? hubungi :

FB : Nurul Alwani Mohd Kasim
ID 911585
FB page : Healthier Better You 
whatsapp / sms / call : 0129196515
email : alwani_nurul@hotmail.com
 






 

Saturday, 28 December 2013

im losstt..

haha..ye sy khilangan wifi huddle yes 4G slama bbrp hr,yg rupenye dsorokkn oleh anak sy huhuuu..alhamdulillah jumpe blik siang td sbb hubby rjin mngems umah hehe..fuuhh mmg lost la sy sbb line tenet pun malu2 ghimau haha..

ok nt sy update balik ye cabaran 30 hari..yg ttp akan sy truskn hihi..

nsb baik ade bcomplex,kurangla stressnye haha..